Khamis, 14 November 2013

Kecemerlangan yang berkekalan...

Salam untuk warga SKK Pulapah. Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah di atas kejayaan SKK Pulapah mengekal malahan meningkatkan keputusan keseluruhan keputusan UPSR yang diumumkan pada jam 12.00 tengahari tadi. 

Seramai 8 orang pelajar sekolah ini telah berjaya memperolehi 5A. Gred Purata Sekolah juga telah menjadi bertambah baik dari 1.64 ke 1.46. Ini merupakan satu pencapaian yang amat baik dan amat meransang semua pelajar sekolah ini agar terus berusaha dengan lebih gigih pada tahun hadapan. Malahan pencapaian UPSR 2013 ini turut meransang barisan guru di SK Pulapah ini agar terus memberikan komitmen yang berterusan dan lebih hebat pada tahun hadapan agar keputusan ini akan terus bertambah baik pada tahun hadapan dan tahun-tahun yang akan datang.

Di peringkat Daerah Jempol, sebenarnya SKK Pulapah telah berada di tempat pertama dengan keputusan UPSR 2013 ini. Malahan di Peringkat Negeri Sembilan, SKK Pulapah juga telah berada di bawah SKK Puteri dari segi pencapaian UPSR 2013. Tahniah kepada pelajar, guru, ibubapa dan semua warga Sekolah Kluster Kecemerlangan Pulapah.




Pada hari selasa lepas, 12 Nevember 2012,  jam 2.30 petang telah diadakan Majlis Hari Anugerah Cemerlang Tahun 2013. Timbalan Kem Komandan PULAPOL telah sudi merasmikan majlis meraikan kejayaan anak-anak SKK Pulapah ini.  Kebanyakkan ibubapa terutamya anak-anak mereka terlibat dengan pengambilan hadiah atau anugerah telah turut hadir.  


Tahniah sekali lagi kepada semua anak-anak yang berjaya dengan amat cemerlang dalam UPSR 2013. Juga tidak lupa kepada barisan pendidik, kakitangan sekolah dan semua ibibapa yang terus memberikan komitmen tanpa berbelah bagi terhadap kecemerlangan anak-anak. Marilah sama kita pastikan pula sekolah ini menuju ke Sekolah Berprestasi Tinggi pula.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan