PIAGAM SEKOLAH


Kami guru-guru & kakitangan SK PULAPAH dengan penuh tekad dan iltizam berikrar akan menumpukan seluruh tenaga kami untuk:

  1. Memberi peluang yang sama kepada setiap murid tanpa mengira latar belakang, agama dan keturunan untuk mendapat pendidikan yang sempurna. 
  2. Membentuk budaya kerja dan tenaga kerja yang dedikasi, komited, berdisiplin, bertanggungjawab dan produktif. 
  3. Menguruskan kerja dengan cekap, pantas dan bijaksana. 
  4. Mengimplementasikan dan menyerap nilai-nilai murni di kalangan murid. 
  5. Mengambil perhatian dan tindakan keatas segala masalah dan aduan dalam tempoh satu minggu. 
  6. Berkerjasama dengan agensi-agensi kerajaan, pihak swasta dan badan berkanun. 
  7. Sentiasa memberi layanan yang mesra, perkhidmatan yang cekap dan bersedia menerima cadangan untuk mempertingkatkan prestasi perkhidmatan.